Madani News

Penurunan OPR: Langkah berhemah BNM – Anwar

PENURUNAN Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus disifatkan sebagai langkah berhemah Bank Negara Malaysia (BNM), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, ia merupakan satu langkah yang berhemah dan proaktif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.

Menurutnya, langkah yang diambil oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM tersebut berpandukan unjuran ekonomi dan inflasi semasa yang teliti.

“Walaupun sektor eksport berdepan cabaran, kerajaan telah melaksana pelbagai inisiatif sokongan termasuk Skim Jaminan Pembiayaan untuk Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dan penerokaan pasaran baharu,” katanya di Laman X, hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM hari ini mengambil keputusan untuk mengurangkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.

Kali terakhir BNM mengekalkan OPR pada 2.75 peratus adalah pada Mac 2023 sebelum ia menaikkan kadar itu kepada tiga peratus pada Mei 2023.

Back to top button