
Kerajaan tiada niat kenakan caj kereta masuk bandar -PM
KERAJAAN Madani tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengenakan caj ke atas kenderaan persendirian yang memasuki kawasan bandar raya di ibu negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan langkah sedemikian akan menjadi beban kepada rakyat.
Sebaliknya kata Perdana Menteri, kerajaan pada masa ini dan penekanan utama adalah untuk membangunkan sistem pengangkutan awam yang lebih menyeluruh, bersepadu dan mesra pengguna.
“Sesetengah negara mungkin melaksanakan caj kenderaan masuk bandar untuk menggalakkan pengangkutan awam, namun kita tidak mencadangkan langkah tersebut buat sementara ini.
“Kita berasa ia mungkin akan membebankan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Terminal Bersepadu Gombak (TBG) di Gombak, hari ini.
Anwar berkata, penyediaan kemudahan awam seperti TBG mencerminkan pendekatan baru kerajaan yang lebih menyeluruh.
Beliau turut menggesa supaya projek-projek kemudahan awam dilaksanakan dengan lebih pantas untuk manfaat rakyat.
“Projek terminal ini pernah tertangguh lama, menyebabkan kita menanggung kerugian. Oleh itu, seluruh jentera kerajaan perlu mempercepatkan langkah untuk memastikan kemudahan untuk rakyat dapat disiapkan dengan segera,” katanya lagi.
Mengulas mengenai keluhan orang ramai terhadap kos pengangkutan awam, Anwar meminta rakyat membuat perbandingan yang adil dengan mengambil kira kos menyeluruh memiliki dan menggunakan kenderaan persendirian