Madani News

Trump tiba di Malaysia, sertai Sidang Kemuncak ASEAN

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, pada jam 9.48 pagi tadi menaiki pesawat rasmi Air Force One.

Ketibaan beliau disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, selain turut diiringi Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Trump dan Anwar kemudiannya dilihat menaiki kenderaan rasmi Presiden AS, The Beast, menuju ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kehadiran Trump adalah bagi menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 serta Sidang ASEAN-AS ke-13 yang dijadual berlangsung pada jam 2 petang ini. Trump turut dijadualkan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri, hari ini.

Lawatan kali ini turut mencatat sejarah sebagai kunjungan ketiga oleh Presiden AS ke Malaysia, selepas Lyndon B. Johnson pada 1966 dan Barack Obama pada 2014

Back to top button