
PRN Sabah: Lima ketua parti menang
LIMA ketua parti di Sabah berjaya mempertahankan kerusi masing-masing dalam PRN Sabah ke-17.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berjaya mempertahankan kerusi DUN Sulaman.
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal berjaya mempertahankan kerusi DUN Senallang.
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berjaya mempertahankan kerusi Lamag.
Presiden Upko, Datuk Ewon Benedick yang mengambil keputusan meninggalkan Kabinet mempertahankan kerusi dimenanginya sebelum ini.
Manakala, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Arthur Josep Kurup memengi kerusi DUN Sook.


