Gov News

Batuan SARA RM100 untuk 22 juta rakyat Malaysia bermula 9 Februari

BANTUAN Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 akan disalurkan menerusi MyKad masing-masing bermula 9 Februari tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, SARA bakal dinikmati kira-kira 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Perdana Menteri berkata, bantuan itu diberikan secara menyeluruh kepada semua rakyat dewasa tanpa mengira latar belakang sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup menjelang perayaan

“Ini dengan maksud (untuk) persiapan Ramadan dan juga untuk sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya dalam Perutusan Tahun Baharu 2026 di Putrajaya hari ini.

Perutusan itu turut disiarkan secara langsung dalam talian.

Selain itu, Anwar turut memaklumkan, bantuan SARA bulanan sehingga RM200 akan mula dikreditkan secara berperingkat menerusi MyKad penerima seawal 9 Jan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Satu sehingga RM500 pula akan dikreditkan bermula 20 Jan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Satu sehingga RM500 pula akan dikreditkan bermula 20 Januari.

Back to top button