
Mahkamah benar tuntutan Petronas, hak Petros tidak terjejas
MAHKAMAH Tinggi hari ini menolak permohonan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) yang mahu menghalang Petroliam Nasional Berhad (Petronas) daripada menuntut jaminan bank bernilai RM7.95 juta.
Hakim Datuk Faridz Gohim Abdullah dalam keputusannya menjelaskan, tuntutan yang dibuat oleh Petronas itu adalah sah dan tidak melanggar mana-mana undang-undang.
Jelasnya,, keputusan itu dibuat kerana jaminan bank tersebut bersifat โatas tuntutanโ dan tanpa syarat. Ini bermakna Petronas berhak menuntut wang tersebut pada bila-bila masa hanya dengan menghantar notis bertulis.
Menurutnya, usaha mahu menyekat tuntutan itu menerusi perintah mahkamah sudah tidak relevan dan praktikal. Hal ini kerana wang jaminan bank tersebut sebenarnya telah pun diterima dan digunakan.
Susulan keputusan itu, Petronas dalam satu kenyataan ringkas memberitahu pihaknya mengambil maklum dan menghormati ketetapan mahkamah berkenaan.
Syarikat minyak dan gas negara itu turut memberi jaminan bahawa operasi mereka berjalan lancar seperti biasa tanpa gangguan. Fokus utama Petronas kini adalah untuk terus memenuhi tanggungjawab kepada pelanggan, rakan kerjasama, pemegang saham serta masyarakat.


