Madani News

PM arah projek bekalan air Sarawak dipercepat

KERAJAAN MADANI memberi jaminan akan mempercepatkan pelaksanaan projek bekalan air yang tertangguh di Sarawak melalui kerjasama erat dengan kerajaan negeri.  

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, isu kemudahan asas seperti bekalan air merupakan satu keperluan mendesak buat rakyat dan tidak sepatutnya ada sebarang alasan yang melengahkan pelaksanaannya.  

Beliau berkata demikian susulan perbincangan bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung pelaksanaan beberapa projek di negeri itu yang dikesan tersangkut.  

“Bagi kita bekalan air itu mendesak, jangan bagi alasan. Jadi kalau ada jalan keluar, ini memerlukan kerjasama yang rapat dengan kerajaan negeri,” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak pada Jumaat.  

Susulan itu, Anwar memberi jaminan satu keputusan akan dibuat dalam tempoh beberapa minggu ini bagi mencari penyelesaian dan memberikan ruang pelaksanaan yang lebih pantas serta berkesan.  

Tambah beliau, perkara tersebut juga akan dipanjangkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tindakan selanjutnya.  

Jelas beliau, peruntukan sekitar RM150 juta diluluskan dengan segera untuk tujuan tersebut hasil pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada pagi Jumaat.  

Back to top button