Abdul Halim Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

Abdul Halim Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu

KERAJAAN sah tidak menyambung kontrak Tan Sri Azam Baki buat kali keempat apabila mengumumkan Datuk Seri Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Pelantikan Abdul Halim telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selepas cadangan pelantikannya dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar pelantikan Abdul Halim berkuatkuasa 13 Mei depan.

“Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Abdul Halim sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Pelantikan berkuat kuasa mulai 13 Mei 2026.

“Kerajaan yakin beliau (Abdul Halim) mampu memperkukuh tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat, dan memperhebat usaha membanteras rasuah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini spekulasi mengenai kedudukannya Azam telah mencetuskan kontroversi apabila ada kelompok membantah sekiranya beliau terus disambung untuk kali keempat sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Hari dijadualkan satu demonstrasi akan diadakan di ibu negara bagi menekan kerajaan supaya tidak menyambung kontrak Azam.

Kumpulan yang akan membuat himpunan di ibu negara digerakkan Secretariat Tangkap Azam Baki