SPR umum PRN Johor dan Negeri Sembilan berasingan

SPR umum PRN Johor dan Negeri Sembilan berasingan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan diadakan secara berasingan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata bagi PRN Johor, hari penamaan calon ditetapkan pada 27 Jun ini, manakala hari mengundi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai.

Katanya, bagi PRN Negeri Sembilan, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai manakala hari mengundi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos.