PAS mengarahkan ahli dan penyokongnya supaya memilih Barisan Nasional (BN) di kawasan tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai nanti.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata ini kerana PAS mahu memastikan Pakatan Harapan (PH) tewas.
“Ya, di tempat yang PN tidak bertanding,” katanya bagi mengesahkan arahan itu.
Untuk rekod PN bertanding di 33 kerusi dalam PRN Johor kali dengan PAS 11 kerusi, Bersatu (16) MIPP (5) dan Pejuang (1).
Untuk rekod PN bertanding di 33 kerusi dalam PRN Johor kali dengan PAS 11 kerusi, Bersatu (16) MIPP (5) dan Pejuang (1).
Manakala BN dan Pakatan Harapan (PH) bertanding di kesemua 56 kerusi DUN.
Turut mengeluarkan arahan sama, Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menggesa pengundi Johor memberikan sokongan kepada BN di kawasan yang tidak ditandingi calon PN.
Menteri Besar Kedah itu berkata, langkah tersebut merupakan pilihan terbaik bagi menghalang PH) membentuk kerajaan negeri.



