“Kalau tak suka pecatlah,” kata Zahid

“Kalau tak suka pecatlah,” kata Zahid

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hak untuk memecat mana-mana menteri atau timbalan menteri yang  beliau tidak suka, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Perdana Menteri tidak perlu mengarahkan menteri berbuat demikian.

“Saya jawab tak payah suruh letak jawatan yang melantik menteri Perdana Menteri, kalau tak suka pecatlah.

“Tapi, tak sampai hati nak pecat (sebab) kami bekerja dengan kuat, dengan berjaya…ini kuasa dia (pecat menteri).

“Ini kempen pilihan raya negeri, saya tak pernah memburukkan mana-calon calon atau mana-mana parti ketika berkempen,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama bersama kakitangan Kemas di Seremban hari ini.

Sebelum ini, Anwar mengingatkan Calon PRN Negeri Sembilan yang mempunyai jawatan di peringkat Persekutuan perlu menjaga adab dan tidak menyerang kerajaan pusat ketika berkempen.

Beliau mengingatkan calon yang bertanding supaya menjaga disiplin sepanjang tempoh berkempen dan perkara itu kata beliau antara disuarakan kepada kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Datuk Seri Fadillah Yusof melalui panggilan telefon semalam.

“Dalam perbincangan saya ingatkan calon-calon, terutamanya yang pegang jawatan menteri, timbalan menteri, atau memegang (jawatan dalam) mana-mana agensi kerajaan, mereka boleh bertarung dalam isu-isu negeri.

“Jika calon itu ada jawatan di peringkat Persekutuan, dia tidak boleh menyerang (Kerajaan Persekutuan) dan menjadikan ia sebagai satu medan politik yang menyanggah,” katanya.