Madani News

PM, delegasi rekod kejayaan signifikan

SIGNIFIKAN! Itulah perkataan yang sesuai dihamburkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi yang baru selesai mengadakan kunjungan rasmi ke tiga negara.

Bermula 1 Julai lalu, lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil disifatkan sebagai pencapaian yang berjaya bukan soal keupayaan menarik pelaburan atau perdagangan semata-mata tetapi menurut Perdana Menteri, ia juga dapat mengukuhkan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan.

“Ada orang kata oh bukan kita nak minta dia labur, kita beli. kalau nak beli pesawat, kena beli juga. kalau runding beli, faedah kepada negara lebih, kita kenakan syarat.

“Kita letak syarat. Buat sebahagian di Malaysia, pengkalan di Malaysia mesti faedah kepada negara. Itu perlu campur tangan pimpinan negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata pertemuan beliau dengan Presiden Emmanuel Macron di Paris, Perdana Menteri Giorgia Meloni di Rom serta Presiden Luiz Inacio Lula da Silva di Rio de Janeiro berjaya menyampaikan mesej berkenaan peperangan di Asia Barat serta kekejaman Israel.

“Macron (Presiden Perancis) mengeluarkan kenyataan dia (henti peperangan & salur bantuan kemanusiaan segera).

“Tetapi kalau Meloni (Perdana Menteri Itali) dia setuju satu henti serangan, dia sebut serangan Israel dia sokong usaha damai dia sokong prinsip dua negara iktiraf palestin bebas, merdeka dan berdaulat,” katanya.

Berkenaan ketegasan Malaysia pada Sidang Kemuncak BRICS ke-17 yang mahu konsep multilateralisme diperhebatkan, Anwar berkata banyak negara dalam blok itu senada dengannya.

“Semua menyatakan tidak setuju dengan langkah unilateral, sekatan termasuk tarif yg menekan sesiapa. China, India, Brazil, Afrika (Selatan) semua sebut walaupun tarif trump,” katanya kepada media pada akhir lawatan di Brazil.

Back to top button