Madani News

PRN Sabah: PH tiada niat kuasai Sabah – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak spekulasi kononnya Pakatan Harapan (PH) bercadang mahu “menguasai” Sabah.

Tegasnya,PH tidak akan mencalonkan sebarang nama untuk mengisi jawatan ketua menteri dalam pilihan raya negeri PRN Sabah ke-17.

“Kita tidak letak calon PH sebagai ketua menteri. Kamu pilihlah siapa kamu mahu,” kata Anwar di majlis makan malam di Kota Kinabalu malam tadi.

Jelas Anwar, gabungan itu tidak akan mengetuai kerajaan negeri sekiranya kerajaan negeri dibentuk.

PH bertanding di 22 daripada 73 kerusi DUN pada PRN kali ini.

Pakatan itu menjalinkan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan BN.

Sementara itu pagi ini, Anwar berkata pertembungan antara PH dan BN serta PH dan GRS di beberapa kerusi hanya sekadar “perlawan persahabatan”.

Menurutnya, Sabah mempunyai corak politik tersendiri, termasuk kekuatan akar umbi berbeza mengikut kawasan menyebabkan beberapa kerusi menyaksikan pertandingan sesama rakan gabungan.

“GRS–PH, BN–PH… itu satu dua kerusi ‘friendly fight’, okay,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi sarapan pagi dan sembang santai bersama pengamal media di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu, pagi tadi.-

Back to top button