
90 peratus kemalangan maut di Kota Kinabalu berpunca pemandu tiada lesen
HAMPIR 90 peratus kemalangan maut yang berlaku di sekitar Kota Kinabalu PADA TAHUN 2026 melibatkan pemandu yang tidak mempunyai lesen memandu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, sejak Januari sehingga hari ini (Rabu), sebanyak 1,644 kes kemalangan dilaporkan dengan 15 kematian.
“Kebanyakan kemalangan maut ni berlaku di Jalan Sepanggar serta Jalan Tuaran Bypass dan berpunca daripada kelajuan selain sikap pemandu yang kurang berhati-hati.
“Yang paling banyak kita dapati yang berlaku kemalangan ini hampir 90 peratus yang meninggal tidak mempunyai lesen memandu adalah penunggang motosikal,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Kempen Keselamatan Jalan Raya, ‘Rumah Selamat, Perjalanan Selamat, Selamat Sampai’ di Petronas Jalan Lintas Kapayan, di Kota Kinabalu, pada Rabu.


