
Madani News
13,779 calon SPM 2025 dapat semua A, catat Gred Purata Kebangsaan 4.42
KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mencatatkan pencapaian lebih baik dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42, berbanding 4.49 pada 2024.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, seramai 13,779 calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2025, dibandingkan dengan 13,827 calon pada 2024.
Katanya, seramai 376 calon memperoleh keputusan semua A+ berbanding 352 calon pada 2024.
Bilangan calon mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau Gred C dalam semua mata pelajaran pada 2025, turut menunjukkan peningkatan, iaitu seramai 92,347 calon, berbanding 86,040 calon pada 2024.


