PAS membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama politiknya dengan rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu, Bersatu.
Keputusan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung malam di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur, malam tadi
“Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah.
“Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–Bersatu berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa.
“Menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu,” kata Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat berlangsung.
Menurut kenyataan itu lagi, PAS juga akan meneroka kerjasama persefahaman politik dan pilihan raya demi penyatuan ummah.
Hubungan PAS dan Bersatu mula retak susulan isu pertukaran Menteri Besar Perlis yang menyaksikan Adun Bersatu dilantik sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Shukri Ramli.
Kemudiannya disusuli dengan isu dua Adun Bersatu Negeri Sembilan yang menarik akuan bersumpah (SD) sokongan terhadap BN Negeri Sembilan.-




