Oleh: DDA
PERBAHASAN dapatan RCI TH yang terlalu partisan seperti ‘sakau’, ‘salah guna kuasa’ dan ‘jenayah’ boleh menyebabkan masyarakat mencampuradukkan empat perkara yang berbeza:
- 𝙏𝙃 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙜𝙖𝙞 𝙞𝙣𝙨𝙩𝙞𝙩𝙪𝙨𝙞 — 𝙢𝙖𝙣𝙙𝙖𝙩 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙞𝙢𝙥𝙖𝙣 𝙬𝙖𝙣𝙜 𝙪𝙢𝙖𝙩 𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙙𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙪𝙧𝙪𝙨 𝙞𝙗𝙖𝙙𝙖𝙝 𝙝𝙖𝙟𝙞.
- 𝙋𝙧𝙚𝙨𝙩𝙖𝙨𝙞 𝙤𝙥𝙚𝙧𝙖𝙨𝙞 𝙏𝙃 — 𝙩𝙚𝙧𝙢𝙖𝙨𝙪𝙠 𝙠𝙚𝙟𝙖𝙮𝙖𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙪𝙧𝙪𝙨 𝙟𝙚𝙢𝙖𝙖𝙝 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙠𝙖𝙡𝙖 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧.
- 𝙆𝙚𝙥𝙪𝙩𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙪𝙧𝙪𝙨𝙖𝙣 𝙙𝙖𝙣 𝙇𝙚𝙢𝙗𝙖𝙜𝙖 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙩𝙚𝙢𝙥𝙤𝙝 — 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙙𝙞𝙣𝙞𝙡𝙖𝙞, 𝙙𝙞𝙠𝙧𝙞𝙩𝙞𝙠 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙙𝙞𝙨𝙞𝙖𝙨𝙖𝙩.
- 𝙄𝙣𝙙𝙞𝙫𝙞𝙙𝙪 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙥𝙖𝙧𝙩𝙞 𝙥𝙤𝙡𝙞𝙩𝙞𝙠 — 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙨𝙚𝙥𝙖𝙩𝙪𝙩𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙞𝙖𝙣𝙜𝙜𝙖𝙥 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙡𝙖𝙝 𝙩𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙗𝙪𝙠𝙩𝙞 𝙠𝙝𝙪𝙨𝙪𝙨.
Kesilapan pengurusan, jika terbukti, 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙖𝙠𝙣𝙖 𝙠𝙚𝙨𝙚𝙡𝙪𝙧𝙪𝙝𝙖𝙣 𝙏𝙃 𝙜𝙖𝙜𝙖𝙡. Begitu juga, mempertahankan kejayaan TH tidak bermakna semua keputusan lamanya mesti dianggap selalu betul.
Risiko terbesar ialah apabila bahasa seperti “𝙨𝙖𝙠𝙖𝙪”, “𝙢𝙚𝙣𝙞𝙥𝙪” 𝙖𝙩𝙖𝙪 “𝙧𝙤𝙢𝙥𝙖𝙠 𝙥𝙚𝙣𝙙𝙚𝙥𝙤𝙨𝙞𝙩” digunakan sebagai fakta sebelum dikenal pasti:
- wang yang dikatakan hilang;
- penerima wang tersebut;
- transaksi yang mencurigakan;
- arahan individu tertentu;
- kesalahan undang-undang; dan
- keputusan mahkamah.
Bahasa sedemikian mungkin membentuk persepsi bahawa TH ialah institusi yang tidak boleh dipercayai. Kesannya boleh melangkaui politik: keyakinan pendeposit terjejas, kakitangan dipandang serong dan kejayaan pengurusan haji turut tenggelam.
Adakah Kerajaan mahu menghancurkan kejayaan yang telah dibina selama puluhan tahun? Apakah manfaat kepada kerajaan dan pendeposit sekiranya ia benar-benar berlaku? Mengapakah Menteri agama ketika itu bersunggguh-sungguh berhajat untuk membongkar apa yang beliau katakan sebagai satu lagi skandal terbesar pemimpin melayu? Apakah dengan mengatakan’𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥’ mampu melonjakkan keyakinan pelabur dan pendeposit TH?
Namun, melindungi nama TH juga tidak juga bermaksud menutup kelemahan. Institusi Islam akan lebih dihormati jika mampu mengakui kesilapan, membetulkan tadbir urus dan bertindak terhadap individu yang benar-benar bersalah sekiranya ada.
Pada pandangan saya, pendekatan yang adil ialah:
Pertahankan institusi, periksa setiap keputusan, siasat individu berdasarkan bukti dan jangan menghukum seluruh organisasi atau kelompok politik secara pukal.
Laporan RCI sewajarnya menjadi bahan pembaikan tadbir urus. Ia tidak patut digunakan untuk menggambarkan seolah-olah TH, umat Islam atau orang Melayu secara keseluruhannya gagal. Pada masa sama, status TH sebagai institusi yang berjaya tidak boleh dijadikan alasan untuk menolak semua persoalan yang sah. Yang perlu dielakkan ialah perbicaraan melalui slogan politik.



