
Ucapan Ketua Hakim Negara: Isyarat Reformasi Atau Tanda Protes?
Ucapan Ketua Hakim Negara di Persidangan Undang-Undang Komanwel ke-24 pada 8 April 2025 di Malta baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai persoalan dan reaksi โ dari kalangan pengamal undang-undang hinggalah ke pemerhati politik. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Ketua Hakim tertinggi negara itu?
Dalam ucapannya, beliau menegaskan satu perkara besar โ bahawa kuasa Perdana Menteri dalam pelantikan hakim perlu disingkirkan, dan ini hanya boleh dilakukan melalui pindaan terhadap Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) serta Perlembagaan Persekutuan.
๐ฏ ๐๐๐ฎ๐๐ฎ ๐จ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐ฃ๐ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฆ๐ผ๐ฎ๐น ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐น๐ฎ๐ป๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ธ๐ถ๐บ ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป
Ramai mungkin tak tahu, tapi mengikut undang-undang sekarang, Perdana Menteri ada tiga kuasa utama berkaitan pelantikan kehakiman:
1. Menamakan 4 ahli Suruhanjaya JAC.
2. Menerima atau menolak senarai calon hakim yang dicadangkan.
3. Mencadangkan nama kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pelantikan.
๐ฝ๐๐๐ ๐จ๐๐จ๐๐ฉ๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฅ๐๐๐๐ , ๐๐ฃ๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐ฉ ๐จ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ข๐ฅ๐ช๐ง ๐ฉ๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐๐ ๐จ๐๐ ๐ช๐ฉ๐๐ ๐๐๐ก๐๐ข ๐จ๐๐จ๐ฉ๐๐ข ๐ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐ฃ, ๐๐๐ฃ ๐๐๐ง๐๐๐ฃ๐๐๐๐ ๐๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐ฅ๐ง๐๐ฃ๐จ๐๐ฅ โ๐ฅ๐๐ฃ๐๐๐จ๐๐ฃ๐๐๐ฃ ๐ ๐ช๐๐จ๐โ.
๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ ๐๐ฎ๐ธ๐ถ๐บ ๐๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป โ ๐๐๐ ๐๐ฒ๐๐ฒ๐น๐๐๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐๐ถ๐ต ๐๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ผ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป
Antara perkara paling kritikal yang dibangkitkan ialah proses pelantikan lima jawatan hakim kanan negara, iaitu:
โข Ketua Hakim Negara
โข Presiden Mahkamah Rayuan
โข Hakim Besar Malaya
โข Hakim Besar Sabah & Sarawak
โข Hakim Mahkamah Persekutuan
Walaupun proses rasmi melibatkan JAC dan Yang di-Pertuan Agong, realitinya kuasa muktamad tetap berada di tangan Perdana Menteri. PM boleh menolak senarai calon daripada JAC dan meminta nama lain. Proses ini berlaku secara tertutup tanpa keperluan penjelasan awam, menyebabkan ramai yang bimbang tentang kebebasan sebenar sistem kehakiman.
โTiada bukti jelas tentang campur tangan, tapi struktur yang ada membuka ruang kepada persepsi negatif dan pengaruh politik dalam pelantikan hakim,โ kata seorang peguam kanan.
๐๐๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ฏ๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฟ๐ถ๐ป๐๐ถ๐ฝ?
Tak dapat dinafikan, ucapan ini juga dilihat oleh segelintir pihak sebagai bayangan rasa tak puas hati kerana mungkin beliau tidak akan disambung semula sebagai Ketua Hakim Negara. Tapi pada masa sama, ada yang melihat beliau sebenarnya sedang menegakkan prinsip kebebasan kehakiman, dan cuba menyelamatkan institusi itu daripada pengaruh luar.

๐๐ฎ๐๐ถ๐ฐ ๐ฆ๐๐ฟ๐๐ฐ๐๐๐ฟ๐ฒ ๐๐ผ๐ฐ๐๐ฟ๐ถ๐ป๐ฒ โ ๐ ๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฏ๐ถ๐ต ๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐น๐ถ๐บ๐ฒ๐ป?
Ucapan Ketua Hakim Negara ini juga mengukuhkan apa yang disebut sebagai Basic Structure Doctrine, satu falsafah yang berasal dari sistem kehakiman India.
Apa maksudnya? Dalam doktrin ini:
โข Walaupun Parlimen boleh pinda Perlembagaan, ia tidak boleh ubah atau hapuskan struktur asas Perlembagaan, seperti kebebasan kehakiman dan pengasingan kuasa.
โข Maka, mahkamah mempunyai kuasa untuk menolak pindaan undang-undang jika ia dianggap mencabuli struktur asas itu.
Secara tidak langsung, ini memberikan kuasa yang besar kepada mahkamah โ seolah-olah lebih tinggi daripada Parlimen dalam hal-hal tertentu. Ada yang setuju, sebab ia menjaga keadilan. Tapi ada juga yang risau โ adakah ini bermakna hak menggubal undang-undang dah beralih kepada hakim?
๐๐ฝ๐ฎ ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ป๐๐ฎ ๐๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ?
Ucapan ini membuka semula perdebatan lama: Siapa lebih berkuasa โ Parlimen atau Mahkamah? Dan adakah Perdana Menteri patut ada pengaruh dalam pelantikan hakim?
Kalau benar mahu reformasi sistem kehakiman, ia perlukan pindaan perundangan yang besar, dan sudah tentu โ sokongan dua pertiga ahli Parlimen, yang bukan mudah dalam situasi politik sekarang.
Tapi kalau dibiarkan begitu saja, ia boleh terus menimbulkan persepsi bahawa sistem kehakiman kita tidak cukup bebas dan mudah dipengaruhi oleh kuasa politik.
๐๐ฒ๐๐ถ๐บ๐ฝ๐๐น๐ฎ๐ป
Ucapan Ketua Hakim Negara bukan sekadar satu ceramah luar negara biasa. Ia adalah satu pencetus wacana serius tentang masa depan institusi kehakiman negara. Sama ada kita setuju atau tidak, satu perkara pasti โ kebebasan kehakiman bukan isu remeh. Ia penentu kepada keadilan, kepercayaan rakyat, dan integriti sistem negara.
๐๐๐ญ๐ฎ๐ค ๐๐ซ ๐๐ฅ๐๐ฑ๐๐ง๐๐๐ซ ๐๐จ๐จ๐ซ
๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐๐ฃ๐๐ฒa
๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐