Madani News

Speaker tolak usul rujuk PM ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

SPEAKER Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menolak usul yang dikemukakan oleh pihak pembangkang untuk merujuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Usul tersebut dibentangkan susulan kenyataan Perdana Menteri berhubung isu tindakan undang-undang terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan keputusan Kerajaan dalam isu kedaulatan Pulau Batu Puteh.

Pada 24 Julai lalu, pembangkang mengemukakan usul mendakwa Perdana Menteri cuba mengelirukan Dewan Rakyat apabila menyatakan bahawa Kabinet memutuskan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mahathir atas faktor usia.

Terdahulu, siasatan terhadap Mahathir berhubung keputusan untuk menarik balik semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2018 mendapati kemungkinan wujud unsur mempengaruhi Jemaah Menteri secara sengaja.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) turut menyatakan bahawa terdapat asas bagi siasatan jenayah dijalankan mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan mengesyorkan laporan polis dibuat terhadap Mahathir.

Bagaimanapun, permohonan usul untuk merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat atas alasan kenyataan yang dibuat adalah berdasarkan syor RCI.

Back to top button