Malaysian News

Turun Anwar, siapa yang mendapat laba?

๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐——๐—ฟ. ๐—”๐—น๐—ฒ๐˜…๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ก๐—ผ๐—ผ๐—ฟ

PERHIMPUNAN โ€œTurun Anwarโ€ yang diuar-uarkan sejak beberapa minggu lalu kononnya akan menjadi gelombang rakyat menuntut perubahan akhirnya bertukar menjadi bayang-bayang โ€” retorik besar, realiti hambar. Jumlah kehadiran yang jauh dari sasaran untuk digelar โ€œkebangkitan rakyatโ€ malah lebih sesuai digelar โ€œkumpulan kecewaโ€.

Ironinya, dalam laungan kononnya mahu menyelamatkan negara, penganjur dan penyokong perhimpunan tersebut gagal menyelamatkan naratif mereka sendiri. Tidak ada usul undi tidak percaya dibawa ke Parlimen. Tidak ada tekanan sah dari dalam sistem. Hanya demonstrasi jalanan yang kelihatan lebih bersifat provokatif dan bersandarkan budaya anarkis yang tidak matang. Kalau benar mahu menjatuhkan kerajaan, buktikan di Dewan Rakyat, bukan di kaki lima Dataran Merdeka.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berdiri teguh di Putrajaya. Kerajaan Perpaduan masih utuh dengan sokongan majoriti kukuh. Malah, pemimpin dunia dan pelabur asing lebih berminat untuk bercakap tentang kestabilan ekonomi, pelan pelaburan, dan reformasi institusi berbanding mendengar keluhan satu dua ahli politik yang masih trauma kekalahan PRU.

Lebih membimbangkan, tindakan mempolitikkan jalan raya ini memberi isyarat salah kepada pelabur luar. Malaysia dilihat tidak stabil, bukan kerana dasar kerajaan, tetapi kerana segelintir kelompok yang memilih untuk merosakkan imej negara demi agenda politik sempit. Iklim pelaburan tidak memerlukan sorakan โ€œReformasiโ€ kosong โ€” ia memerlukan dasar yang konsisten, suasana yang aman, dan kerajaan yang bekerja.

Antara fakta pahit yang perlu diterima oleh pembangkang:
– Ekonomi Malaysia mencatat pelaburan FDI yang stabil dalam suku pertama 2025.
– Program bantuan rakyat terus berjalan โ€” termasuk penyasaran subsidi dan bantuan tunai.
– Sistem kehakiman bebas โ€” terbukti dengan beberapa keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada kerajaan.
– Institusi Parlimen terbuka โ€” tetapi mereka sendiri gagal membawa usul rasmi untuk mencabar Perdana Menteri secara sah.

Apa yang tinggal hanyalah sandiwara jalanan โ€” dan sayangnya, bukan semua rakyat Malaysia suka menonton teater yang sudah tamat skripnya sejak PRU15.

โ€œTurun Anwarโ€? Anwar tak turun! Kerajaan tak tumbang. Tapi pelabur boleh lari โ€” bukan kerana Anwar, tetapi kerana kebodohan politik yang terus hidup di abad ke-21 ini.

Cukuplah. Kita bukan republik retorik. Kita mahu kestabilan, bukan kekecohan.

Back to top button