Gov News

“Kontrak saya tak akan disambung, Rafizi pun tak suka saya”

TAN Sri Azam Baki memberi bayangan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan disambung untuk kali keempat.

Kontraknya sebagai ketua agensi itu akan tamat pada tahun hadapan selepas disambung buat kali ketiga.

Tambah Azam, kontraknya yang disambung sebanyak tiga kali sebelum ini kurang disenangi banyak pihak termasuk bekas menteri ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berterusan mengkritiknya.

“Insya-Allah tahun depan saya tamat perkhidmatan saya, sudah tiga kali sambung.

“Orang pun sudah tidak suka dengan saya, Rafizi pun tak suka dengan saya, dia kata jangan sambung Azam Baki dan sebagainya,” katanya.

Azam berkata demikian ketika berucap pada program SPRM-UiTM 2025: Hari Integriti dan Kepimpinan di Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam, hari ini.

Sebelum ini Rafizi berkata, imej Pakatan Harapan (PH)-PKR sebagai parti menentang rasuah akan tercemar jika kontrak Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM disambung untuk kali keempat.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau membangkitkan isu tersebut di Parlimen, tapi jawapan yang diberikan kerajaan “kabur”.

“Bukan untuk dua kali. Bukan tiga kali. Tetapi empat kali.

“Jika kontrak itu disambung lagi, keputusan itu akan terus mencemarkan kredibiliti PH dan PKR sebagai parti yang tegas melawan rasuah.

“Dengan pelbagai kontroversi yang membabitkan nama beliau, sudah sampai masanya kontrak itu tidak disambung lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Sementara itu Azam berkata, soal kontraknya disambung ataupun tidak bukan satu isu, namun menegaskan siapa sahaja yang mengetuai agensi itu harus meneruskan agenda meningkatkan integriti.

“Dia (pengganti) perlu meneruskan agenda dalam meningkat integriti dan mempromosikan tatakelola serta menguatkuasakan undang-undang rasuah tanpa rasa takut dan pilih kasih,” kata Azam

“Kontrak saya tak akan disambung, Rafizi pun tak suka saya”

TAN Sri Azam Baki memberi bayangan kontraknya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan disambung untuk kali keempat.

Kontraknya sebagai ketua agensi itu akan tamat pada tahun hadapan selepas disambung buat kali ketiga.

Tambah Azam, kontraknya yang disambung sebanyak tiga kali sebelum ini kurang disenangi banyak pihak termasuk bekas menteri ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berterusan mengkritiknya.

“Insya-Allah tahun depan saya tamat perkhidmatan saya, sudah tiga kali sambung.

“Orang pun sudah tidak suka dengan saya, Rafizi pun tak suka dengan saya, dia kata jangan sambung Azam Baki dan sebagainya,” katanya.

Azam berkata demikian ketika berucap pada program SPRM-UiTM 2025: Hari Integriti dan Kepimpinan di Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam, semalam.

Sebelum ini Rafizi berkata, imej Pakatan Harapan (PH)-PKR sebagai parti menentang rasuah akan tercemar jika kontrak Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM disambung untuk kali keempat.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau membangkitkan isu tersebut di Parlimen, tapi jawapan yang diberikan kerajaan “kabur”.

“Bukan untuk dua kali. Bukan tiga kali. Tetapi empat kali.

“Jika kontrak itu disambung lagi, keputusan itu akan terus mencemarkan kredibiliti PH dan PKR sebagai parti yang tegas melawan rasuah.

“Dengan pelbagai kontroversi yang membabitkan nama beliau, sudah sampai masanya kontrak itu tidak disambung lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Sementara itu Azam berkata, soal kontraknya disambung ataupun tidak bukan satu isu, namun menegaskan siapa sahaja yang mengetuai agensi itu harus meneruskan agenda meningkatkan integriti.

“Dia (pengganti) perlu meneruskan agenda dalam meningkat integriti dan mempromosikan tatakelola serta menguatkuasakan undang-undang rasuah tanpa rasa takut dan pilih kasih,” kata Azam

Back to top button