Malaysian News

Setiausaha NGO ditahan SPRM disyaki seleweng dana Gaza RM4.2 Juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang setiausaha sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu penduduk Gaza, Palestin.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Norhaizam Muhammad, mengesahkan penahanan tersebut.

Suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 6 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Suspek disyaki menyeleweng dana sumbangan orang ramai berjumlah RM4.2 juta.

Hasil siasatan awal mendapati suspek, yang juga merupakan pemilik sebuah syarikat makanan, dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi. Majistret Ezrene Zakariah membenarkan permohonan reman selama tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan lanjut.

Kes ini mengundang perhatian ramai memandangkan ia melibatkan dana sensitif yang melibatkan isu kemanusiaan di Asia Barat.

Back to top button