
Akmal doa yang baik-baik buat Pak Cik Khalid Samad
MOGA Allah berikan yang baik-baik untuk Pak Cik Khalid Samad, demikian respon Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh terhadap Pengarah Komunikasi Amanah.
Ia susulan kenyataan Khalid yang mengkritiknya berhubung isu agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.
“Bila kita beri pandangan untuk parti sendiri tanpa sentuh parti orang lain dianggap kita gila pula
“Apa salah saya sampai dikatakan sebegini,” kata Dr Akmal dalam satu hantaran di Facebook.
Terdahulu, Khalid berkata Amanah sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk pertembungan tiga penjuru dalam PRN Melaka dan Johor.
Beliau berkata, ia sekiranya rundingan kerusi antara kedua-dua gabungan dalam Kerajaan Perpaduan tidak mencapai kata sepakat.
“Bagi Amanah, kami terus mengharap bahawa keikhlasan yang ditunjukkan PH dalam berpakat akan dihargai dan mencorakkan keputusan BN.
“Tapi pada masa sama Amanah akan gerak jenteranya mulai sekarang untuk hadapi kemungkinan tiga penjuru atau dua penjuru sekiranya BN mengikuti kegilaan Akmal .
“Ini bukan amaran atau cabaran, ia sekadar statement of fact atau menyatakan hakikat,” katanya dalam kenyataan hari ini.


