Malaysian News

Takiyuddin umum MIC kompenen PN, tapi Saravanan nafi

PERIKATAN Nasional (PN) mengumumkan MIC kini sebahagian daripada komponen gabungan itu, namun Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan tampil menafikannya.

Saravanan menegaskan parti itu masih lagi komponen BN dan mendakwa wujud salah faham berhubung perkara itu.

Jelasnya,  sebarang keputusan mengenai perkara tersebut hanya boleh ditentukan oleh Majlis Tertinggi (MT) MIC.

“Saya rasa mungkin ada salah faham. Kita dah cakap dari awal hanya MT yang akan buat keputusan tetapi setakat ini MT belum buat keputusan.

“Disember tahun lalu kita hanya hantar surat kepada Bersatu bentuk tahu apa bentuk peranan yang mereka tawarkan kepada kita,” katanya seperti dipetik Sinar Harian

Terdahulu, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa MIC kini sah menjadi sebahagian daripada komponen PN selepas kedudukannya dimuktamadkan dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Sabtu lalu. 

Takiyuddin dijadualkan menyerahkan surat pelantikan rasmi kepada Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran, hari ini.

Menurut Takiyuddin, meskipun kelulusan secara prinsip telah diberikan sejak Disember tahun lalu, mesyuarat terbaharu itu berfungsi sebagai pengesahan rasmi untuk meletakkan MIC sebaris dengan parti komponen sedia ada.

“Saya sahkan untuk berjumpa dengan Presiden MIC malam ini untuk menyerahkan surat rasmi bahawa mereka diterima sebagai parti anggota PN,” katanya kepada media selepas majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Penggerak PAS Kota Bharu, Kota Bharu, hari ini.

Back to top button