8 Adun BN, 2 PN angkat sumpah Exco Negeri Sembilan

8 Adun BN, 2 PN angkat sumpah Exco Negeri Sembilan

LAPAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan dua Perikatan Nasional (PN) dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan.

ADUN BN yang mengangkat sumpah ialah Datuk Mohd Faizal Ramli(Linggi), Datuk Zaifulbahri Idris(Chembong), Datuk Mustapha Nagoor(Palong) dan Datuk Mohd Asna Amin(Lenggeng).

Turut mengangkat sumpah ialah, Datuk Mohd Razi Mohd Ali(Sungai Lui), Siti Nur Umaira Hasim(Labu), Siow Kong Choon(Chennah) dan Suhaimizan Bizar(Gemencheh).

Dua ADUN daripada PN ialah, Mohd Fairuz Mohd Isa(Serting) dan Datuk Razali Abu Samah(Sikamat).

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, pagi tadi.

Berangkat ke istiadat itu ialah Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz serta Tunku Panglima Besar Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz.

Istiadat itu turut dihadiri Undang Luak Sungei Ujong, Datuk Klana Petra Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid serta Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan BN berjaya memperoleh 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN mendapat tujuh kerusi yang membolehkan dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga.