Tun M dimasukkan ke IJN untuk pemantauan

Tun M dimasukkan ke IJN untuk pemantauan

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemantauan.

Anaknya Mokhzani memaklumkan Dr Mahathir yang berusia 101 tahun, dimasukkan ke IJN semalam.

Jurucakap pejabat Mahathir, Sufi Yusoff, berkata, bekas Perdana Menteri itu berada dalam keadaan baik dan sedang berehat di IJN.

Kelmarin, isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, meninggal dunia di IJN pada usia 100 tahun.

Allahyarham diberi istiadat pengebumian negara dan dikebumikan di Pusara Negara, Putrajaya.

Pemergiannya menerima pelbagai ucapan penghormatan, dengan ramai mengenang sifat mesra dan anggunnya selain sumbangan beliau kepada negara.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, beliau tidak menyangka Dr Siti Hasmah akan meninggal dunia kerana isterinya kelihatan sihat sehari sebelumnya.

Dr Mahathir mempunyai sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989 dan 2007.

Pada Januari lalu, beliau mengalami keretakan pinggul selepas terjatuh di rumah.