SUASANA hiba menyelubungi Pusara Negara Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali apabila Tun Dr Mahathir Mohamad gagal menahan kesedihan ketika menziarahi pusara cinta hatinya hari ini.
Bekas Perdana Menteri itu kelihatan amat sugul dan tidak dapat menahan air matanya sepanjang berada di sisi pusara teman hidupnya selama 70 tahun itu.
Dr Mahathir yang tiba jam 11 pagi dari Institut Jantung Negara (IJN), dilihat sebelum meluangkan masa kira-kira 20 minit di pusara Allahyarham.
Beliau kemudian dilihat berdoa dan menabur bunga di atas pusara Dr Hasmah sebagai tanda penghormatan terakhir.
Beliau kemudian dikatakan kembali semula ke IJN untuk meneruskan rawatan selepas dimasukkan ke hospital itu semalam.
Allahyarham Tun Dr Hasmah meninggal dunia pada jam 9.20 pagi, 28 September lalu di IJN, Kuala Lumpur pada usia 100 tahun.



