
Misi Bantuan Ad-Hoc Bencana PPN: Suntik Harapan Buat Mangsa Insiden Putra Heights
PUTRA HEIGHTS, 8 April 2025 โ Pertubuhan Perdana Nasional (PPN) meneruskan komitmennya dalam kerja kemanusiaan menerusi pelaksanaan ‘Misi Bantuan Ad-Hoc Bencana’ berikutan insiden kebakaran saluran paip gas yang melanda kawasan Putra Heights baru-baru ini. Misi ini dilaksanakan dalam dua fasa utama dengan kerjasama erat pelbagai pertubuhan belia dan masyarakat sivil.
Dalam fasa pertama, PPN bersama Gerak Remaja 4B Wilayah Persekutuan dan Selangor, Kelab Anak Muda Seputeh, serta Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Segambut dan Seputeh, telah menyalurkan bantuan awal kepada mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Camelia, MBSJ.
Antara bantuan yang disampaikan termasuk:
– Barangan makanan kering seperti biskut, roti, mi segera, sardin, dan susu
– Minuman seperti air mineral, minuman kotak, dan serbuk minuman segera
Presiden PPN, Saudara Abdul Hakim Hafizi, mengetuai sendiri misi penyampaian bantuan ini dan menyatakan bahawa sumbangan tersebut adalah hasil keprihatinan pelbagai pihak serta semangat jitu sukarelawan belia yang sentiasa bersedia menyumbang tenaga.
Usaha ini bukan sahaja tentang menyampaikan barangan, tetapi juga menyampaikan harapan dan solidariti kepada mereka yang sedang diuji,” jelas beliau.
Bagi fasa kedua, PPN bekerjasama dengan Persatuan Impian Kemajuan Negara (IKN) untuk mengagihkan sebanyak 80 unit kotak simpanan (storage box) kepada keluarga yang ditempatkan di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia MBSJ. Kotak ini bertujuan untuk memudahkan penyimpanan barangan peribadi dengan lebih selamat dan teratur sepanjang tempoh pemindahan.
Pengagihan ini turut dibantu oleh Skuad Anak Malaysia (SATRIA) yang memainkan peranan penting dalam memastikan proses bantuan berjalan lancar dan sistematik.
๐๐จ๐ฅ๐ข๐๐๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฎ๐ข ๐๐๐ง๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ญ๐๐ซ๐ข๐๐ฅ
Misi ini mencerminkan pendekatan holistik PPN dalam usaha bantuan kemanusiaan yang bukan sahaja memfokuskan pada keperluan fizikal, malah memberi keutamaan kepada pemulihan emosi dan semangat komuniti yang terkesan.
PPN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan strategik, para sukarelawan dan penyumbang yang telah menjayakan misi ini. Kerjasama bersepadu ini membuktikan bahawa keprihatinan rakyat Malaysia mampu membina kekuatan kolektif menghadapi bencana dan cabaran masa depan.
Pertubuhan Perdana Nasional (PPN) bertekad terus komited melaksanakan lebih banyak misi bantuan kemanusiaan seumpama ini bagi memastikan tiada pihak yang terpinggir dalam menghadapi situasi bencana dan proses pembangunan negara.
๐จ๐ป๐ถ๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ :
๐๐๐๐๐ข ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐


