
Malaysia Ungguli Kedudukan Pertama Dunia Dalam Penilaian Data Terbuka ODIN 2024/25
KUALA LUMPUR โ 30 April 2025, Malaysia mencatat sejarah apabila muncul sebagai negara nombor satu dunia dalam penarafan Open Data Inventory (ODIN) 2024/25, melonjak daripada kedudukan ke-67 pada tahun 2022. Pencapaian luar biasa ini menandakan kejayaan besar dalam usaha transformasi digital dan ketelusan maklumat kerajaan.
Kejayaan ini mendapat pengiktirafan global sebagai bukti kesungguhan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam memperkukuh prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus digital.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sage42 Apps Sdn Bhd, Eugene Gan, pencapaian ini menunjukkan komitmen Malaysia dalam menjadikan data kerajaan boleh diakses secara terbuka dan percuma oleh rakyat.
“Ia bukan sekadar pencapaian teknikal, tetapi satu titik perubahan budaya dalam bagaimana kerajaan dan rakyat berinteraksi melalui data,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa akses kepada data terbuka dapat memperkasa pembangunan negara melalui penglibatan rakyat, inovasi sektor swasta serta keberkesanan agensi kerajaan.
๐๐ฎ๐ธ๐๐ผ๐ฟ ๐๐ฒ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ข๐๐๐ก
๐ญ. ๐๐ผ๐บ๐ถ๐๐บ๐ฒ๐ป ๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ผ๐น๐ถ๐๐ถ ๐ ๐๐๐๐ก๐. Kepimpinan politik yang tegas dalam menjadikan keterbukaan data sebagai sebahagian daripada reformasi institusi. Penekanan terhadap prinsip โOpen Governmentโ dalam semua agensi dan kementerian.
๐ฎ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ด๐ถ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ฒ๐ธ๐๐ผ๐ฟ ๐๐๐ฎ๐บ ๐ฆ๐ฒ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐น๐๐ฟ๐๐ต.
Projek pemodenan digital kerajaan seperti MyDigital Blueprint dan Malaysia Digital Economy Blueprint (MDEB). Penubuhan Pusat Data Nasional yang menyelaras pelaksanaan, standard dan integrasi set data kerajaan.
๐ฏ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ถ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐๐ฎ๐น๐ถ๐๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฝ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ.
Penyediaan data dalam format mesra pengguna, mudah dianalisis dan disertakan metadata lengkap. Liputan meluas merangkumi data demografi, ekonomi, kesihatan, alam sekitar, dan infrastruktur.
4, ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐๐ฎ๐บ๐ฎ ๐๐๐ฎ๐บ-๐ฆ๐๐ฎ๐๐๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ถ๐๐ถ๐ฎ๐๐ถ๐ณ ๐ฆ๐๐ฎ๐ฟ๐๐๐ฝ
Galakan terhadap penglibatan syarikat teknologi dan startup dalam menggunakan data awam untuk mencipta penyelesaian. Sokongan kepada ekosistem inovasi data dan open-source community.
๐ฑ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ-๐๐ฟ๐ถ๐๐ฒ๐ป.
Pelaburan dalam latihan analitik data untuk penjawat awam dan pelajar. Penekanan terhadap Data Literacy di peringkat universiti dan pendidikan teknikal.
๐ฒ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ต๐ฎ๐ฑ๐ฎ๐ฝ ๐๐ธ๐ฎ๐๐ป๐๐ฎ๐ฏ๐ถ๐น๐ถ๐๐ถ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐๐ถ๐ฟ๐ฎ๐๐๐ฎ๐ต.
Data digunakan untuk memantau dan menilai prestasi program kerajaan dan perbelanjaan awam. Menggalakkan penggunaan data dalam inisiatif Whistleblowing dan public audit.
Malaysia kini bukan sahaja berada di hadapan negara-negara maju dari segi keterbukaan data, malah membuka ruang besar kepada inovasi, penglibatan rakyat, dan tadbir urus digital. Cabaran utama selepas ini adalah mengekalkan momentum, memperkukuh infrastruktur digital dan memperluaskan kesedaran masyarakat terhadap potensi data terbuka sebagai enjin perubahan sosial dan ekonomi.
Unit Berita Hello Malaysia