Gov News

NADI menang anugerah WSIS 2025

SEJARAH tercipta apabila Projek inklusif digital NADI Malaysia dinobatkan sebagai juara Hadiah World Summit on the Information Society (WSIS) 2025.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, anugerah yang mengangkat nama negara di pentas antarabangsa itu adalah inisiatif kerajaan memperkasa komuniti terpencil menerusi literasi digital dan kesalinghubungan.

“Salah satu perkara yang kita akan minta untuk dilaksanakan rekaliberasi, saya nakkan lebih banyak pusat NADI ini mempunyai internet yang lebih laju,” katanya dipetik Buletin TV3, hari ini.

Sementara itu Ketua Pejabat NADI MCMC, Mohd Arif Adenan berkata kejayaan ini membuktikan Malaysia berjaya dalam aspek telekomunikasi dan hubungan internet.

“Ini menunjukkan bahawa Malaysia tidak meninggalkan seorang pun rakyat malaysia di dalam aspek telekomunikasi dan hubungan internet di mana kita melalui NADI, MCMC pergi ke seluruh daerah melalui inisiatif 1 DUN 1 NADI,” katanya.

Anugerah itu diterima Fahmi dalam satu majlis penyampaian yang berlangsung di Geneva, Switzerland.

Projek NADI Pulau Banggi di Sabah diumumkan sebagai juara kategori C4: Capacity Building hasil kejayaan menyediakan latihan kemahiran digital serta peluang ekonomi kepada komuniti terpencil di pulau tersebut.

Dalam pada itu, Projek Stingray II Pulau Ketam turut menerima pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi kategori C2: Information and Communication Infrastructure.

Back to top button