
Masih Boleh Tidur Lena Lagi, SIS
Minggu depan, Mahkamah Persekutuan akan mendengar satu kes besar – permohonan rayuan oleh SIS Forum yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan liberalisme dan pluralisme. Kes ini bukan sekadar soal perundangan, ia menyentuh soal aqidah, soal prinsip umat Islam, soal pendirian terhadap hukum Allah yang amat jelas dalam Al-Quran.
Menariknya, menjelang perbicaraan ini, baginda Tuanku Sultan Selangor telah menitahkan seluruh masjid dan surau di Selangor bersatu hati – mengangkat tangan, menadah doa, dan menyempurnakan solat hajat memohon agar kemenangan berpihak kepada Islam, agar pihak yang cuba menggugat kesucian akidah diberi hidayah – atau setimpal dengan apa yang mereka perjuangkan.
𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐨𝐚𝐥𝐧𝐲𝐚, 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐥𝐞𝐧𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐒𝐈𝐒?
Tidur lenakah setelah mendengar suara ratusan ribu umat Islam yang bersujud memohon pada Allah SWT agar kebenaran ditegakkan?
Beranikah kalian berpaling dari firman Allah dan bertahan di sebalik “kebebasan bersuara”, “hak manusia”, dan “interpretasi baharu terhadap Islam” yang bunyinya molek tapi hakikatnya memualkan?
Apakah kalian lupa bahawa Al-Quran itu bukan hasil rundingan meja bulat, bukan boleh diubah dengan undang-undang sivil, dan bukan bahan perbahasan akademik semata? Hukum Allah bukan untuk ‘dirunding’ atas nama kemajuan atau hak asasi manusia.
𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐟𝐟𝐞𝐭 – 𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐮𝐤𝐚, 𝐭𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮.
Tidakkah kalian gentar dengan ribuan doa yang sedang diangkat naik ke langit dari lidah-lidah umat islam yang ikhlas? Tidakkah kalian sedar bahawa bila umat islam bersatu, walau dalam diam, langit boleh terbelah dan bumi boleh bergoncang?
Atau barangkali kalian rasa ‘kuat’ dengan peguam hak asasi, dana luar negara, dan sokongan dari puak yang tersilap erti antara kebebasan dan kufur?
Kita tidak marah, cuma kesian.
Kerana manusia yang mencabar hukum Allah biasanya bukan tak tahu, tapi mungkin terlalu yakin Allah akan membiarkan mereka menang.
Ingatlah, kisah kaum terdahulu yang lebih hebat telah dibinasakan bukan kerana kekuatan mereka, tapi kerana keangkuhan mereka terhadap wahyu dari langit.
Jadi, buatlah rayuan. Lawanlah fatwa. Cabarlah undang-undang. Tapi jangan cabar Allah SWT.
Sebab bila Allah menunjukkan kekuasaanNya, mahkamah dunia pun takkan mampu jadi pelindung kalian.
Tidurlah kalian kalau masih boleh lena. Tapi jangan lupa baca doa sebelum tidur.
𝐊𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐮𝐫 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧 𝐞𝐬𝐨𝐤 𝐡𝐚𝐫𝐢, 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐈𝐥𝐚𝐡𝐢. 𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐮𝐛𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡.
𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐫. 𝐀𝐥𝐞𝐱𝐚𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐍𝐨𝐨𝐫
𝐒𝐡𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐚𝐦
𝟔 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓