
Malaysia Perlu Rebut Peluang Dagangan Baru Bersama Rusia – Tok Mat
๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐ โ Malaysia disaran agar bersiap siaga untuk merebut peluang kerjasama dagangan dan pelaburan bersama Rusia, terutamanya apabila ketegangan geopolitik antara Rusia dan Amerika Syarikat dijangka reda pada masa depan. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan bahawa Malaysia berpotensi besar untuk meraih manfaat jika hubungan kedua-dua kuasa besar dunia ini kembali pulih.
Menurut beliau, Rusia menawarkan pelbagai potensi yang belum diterokai sepenuhnya disebabkan oleh kekuatan sumber semula jadi serta kelebihan dalam teknologi, termasuk dalam sektor pertanian dan lain-lain.
โ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐-๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐ ๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ญ๐๐ซ๐ฃ๐๐ฅ๐ข๐ง, ๐ง๐๐ฆ๐ฎ๐ง ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐๐ซ๐ค๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐๐๐ซ๐ ๐ฆ๐๐ค๐ฌ๐ข๐ฆ๐ฎ๐ฆ ๐๐ข๐ฌ๐๐๐๐๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ข๐ฅ๐๐ญ๐๐ซ๐๐ฅ ๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐ฆ๐๐ซ๐ข๐ค๐ ๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ญ ๐ค๐ ๐๐ญ๐๐ฌ ๐๐ฎ๐ฌ๐ข๐,โ katanya ketika berucap dalam majlis makan malam bersama rakyat Malaysia di Rusia pada Selasa.
Mohamad Hasan menjelaskan, sekiranya hubungan antara Rusia dan AS bertambah baik, Malaysia mesti berada dalam kedudukan strategik untuk segera bertindak balas dan meraih keuntungan daripada peluang tersebut.
โ๐๐๐ง๐๐๐ค๐๐ญ๐๐ง ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐๐๐ฌ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ญ๐จ๐ง ๐๐๐ซ๐๐๐ณ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฉ๐๐ง๐ญ๐๐๐๐ข๐ซ๐๐ง-๐ฉ๐๐ง๐ญ๐๐๐๐ข๐ซ๐๐ง ๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐ง๐ฒ๐, ๐๐๐ง ๐ฃ๐ข๐ค๐ ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐ฎ๐๐๐ก ๐๐๐ง ๐ง๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ฅ๐ข๐ฌ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ค๐ฎ, ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ซ๐ฉ๐๐ฅ๐ฎ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ซ๐๐ข๐ก ๐ฆ๐๐ง๐๐๐๐ญ ๐๐๐ฌ๐๐ซ,โ tambah beliau.
Majlis tersebut diadakan bersempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia yang bermula pada Selasa. Turut hadir ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir; serta Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Dalam ucapannya, Mohamad Hasan turut menggesa pelajar Malaysia di Rusia agar terus menjaga nama baik negara dan pulang untuk menyumbang semula khususnya dalam bidang perubatan dan kejuruteraan selepas tamat pengajian.
YB Chang pula menekankan kepentingan bakat berkemahiran tinggi bagi merealisasikan aspirasi negara untuk menjadi negara berteknologi tinggi menjelang 2030.
โCabaran global kini memerlukan pelaburan berintensifkan modal dan teknologi tinggi. Kita perlu tenaga kerja berkemahiran, termasuk dari kalangan rakyat Malaysia di luar negara,โ katanya.
Mohamad Hasan juga menekankan kepentingan keselamatan makanan dengan menyeru pelajar agar mendalami penggunaan teknologi moden dan inovatif dalam bidang pertanian. Beliau memberi contoh negara China yang berjaya melonjak dalam bidang pertanian berteknologi dan kini mampu bersaing di peringkat global.
Sementara itu, Zambry memaklumkan bahawa Pelan Induk Pendidikan Tinggi 2025 akan dilancarkan hujung tahun ini bagi menyelaraskan sistem pendidikan tinggi Malaysia dengan trend teknologi dan global semasa.
Datuk Seri Johari pula dilantik sebagai Menteri Penyelaras bagi Rusia bagi mengukuhkan hubungan dagangan Malaysia-Rusia di sebalik sekatan yang masih berjalan.
Lawatan rasmi Perdana Menteri ke Rusia selama empat hari atas jemputan Presiden Vladimir Putin akan melibatkan beberapa pertemuan penting di Moscow dan Kazan, Tatarstan.
Gambar Kredit Kepada Malay Mail