Malaysian News

Mangsa banjir di Sabah hampir cecah 3,000,  kematian 13

JUMLAH mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah terus meningkat dengan 2,978 orang daripada 825 ketua isi rumah (KIR) kini direkodkan sehingga pukul 4 petang, hari ini

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, seramai 127 kampung di tujuh daerah terjejas dengan 27 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.

Daerah Beaufort, Papar dan Sipitang mencatat peningkatan jumlah kampung terjejas, masing-masing 46, 20 dan 19 kampung.

Manakala Penampang, Membakut dan Putatan menunjukkan penurunan bilangan penduduk terjejas.

Tawau pula kekal dengan satu kampung terjejas melibatkan 59 penduduk daripada 11 KIR.

Jumlah kematian akibat bencana ini masih kekal 13 orang.

Back to top button