
PM umum berita baik untuk rakyat Malaysia pagi esok
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan penghargaan buat rakyat Malaysia pagi esok.
Menteri Komunikasi selaku jurucakap kerajaan Datuk Fahmi Fadzil, berkata pengumuman itu akan dibuat pada jam 10.30 pagi.
“Nantikan,” katanya ringkas menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.
Sebelum ini, Anwar dalam hantaran di laman sosial Facebook memaklumkan akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tambun itu dilapor memerlukan sedikit masa untuk meneliti pengumuman terbabit susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Setakat ini, tiada sebarang perincian dinyatakan berhubung pengumuman berkenaan.