Madani News

Pemimpin Thailand-Kemboja akan berunding di Putrajaya hari ini.

PEMIMPIN Thailand dan Kemboja akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini bagi membincangkan konflik kedua-dua negara sekali gus membawa kepada gencatan senjata.

Anwar berkata, rundingan itu berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, pada jam 3 petang ini.

“Mereka telah meminta saya untuk berunding mengenai satu penyelesaian damai, jadi kami akan menjadi tuan rumah mesyuarat itu di sini esok (hari ini) pada jam 3 petang.

“Jadi, saya sedang membincangkan parameter, syarat-syaratnya, tetapi apa yang penting ialah gencatan senjata serta-merta,” kata beliau pada Majlis Ilmu Madani di Putrajaya, malam tadi.

Menurut Perdana Menteri lagi beliau dijangka akan mempengerusikan rundingan antara kedua-dua wakil negara itu.

Rundingan itu nanti akan membincangkan syarat yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.-

Back to top button