
PRU17 Sabah: BN umum tanding 41 kerusi, 80 peratus muka baharu
BARISAN Nasional (BN) Sabah hari ini mengumumkan senarai 41 calon yang akan dipertaruhkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah ke-17.
Senarai calon diumumkan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Majlis Pelancaran Jentera BN di Kota Kinabalu petang tadi.
Bung berkata, BN Sabah kali ini menampilkan 80 peratus muka baharu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang latar pendidikan tinggi, termasuk pemegang ijazah Sarjana Muda, doktor falsafah serta dua orang doktor perubatan.
“Senarai calon mencerminkan kelayakan tinggi dan kepimpinan yang kukuh…ramai (calon) yang mempunyai ijazah Sarjana Muda, Sarjana, malah PhD, manakala dua orang adalah doktor perubatan.
“Ini membuktikan calon kami bukan sahaja berpengalaman tetapi berkemampuan secara intelektual dan profesional untuk memimpin pembangunan ekonomi, teknologi dan sosial Sabah dengan kompeten dan integriti,” katanya ketika berucap mengumumkan calon BN.
Pengumuman calon BN turut disaksikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“BN membawa tawaran untuk memperkukuh pembangunan luar bandar, mewujudkan pekerjaan berkualiti, mengangkat sistem pendidikan dan modal insan, serta memastikan Sabah bergerak ke arah masa depan yang lebih tersusun dan makmur,” kata Bung.
Berikut merupakan senarai penuh calon BN Sabah:
N.01 Banggi – Normalah Binti Rasik
N.02 Bengkoka – Datuk Harun Durabi
N.03 Pitas – Datuk Bolkiah Haji Ismail
N.04 Tg Kapur – Kevin Lee Sip Kin
N.08 Pintasan – Tadzul Bin Radim
N.09 Tempasuk – Dato’ Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan
N.10 Usukan – Dato’ Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh Bin Keruak
N.12 Sulaman – Dr Shahnon Rizal Thaijuddin
N.16 Pantai Dalit – Alfian Bin Sambas
N.18 Karambunai – Datuk Yakubah Khan
N.17 Darau – Arfasyah Bin Osman
N.24 Tg Keramat – Jeffery Noor Mohamed
N.28 Kawang – Datuk Jamal Norubit @ Nerub
N.29 Pantai Manis – Redzuan Ismail @ Gari
N.30 Bongawan – Datuk Mohamad Bin Al-Amin
N.31 Membakut – Tuan Haji Rusman Bin Dulamit
N.32 Klias – Tuan Haji Osin Bin Haji Jilon
N.33 Kuala Penyu – Datuk Awang Aslee Bin Laka
N.34 Lumadan – Datuk Mohd Nazri Abdullah
N.36 Kundasang – Japirin Sahadi
N.37 Karanan – Nadzmin Kamin
N.38 Paginatan – Datuk Hj Jemaidi @ Junaidi Sahat
N.41 Liawan – Datuk Nik Mohd Nadzri Bin Haji Nik Zawawi
N.45 Sook – YB Datuk Sri Arthur Joseph Kurup
N.46 Nabawan – Lajji Binti Ompongoh
N.47 Telupid – Benedict Asmat
N.48 Sugut – Mohammad Arifin Bin Pachuk
N.49 Labuk – Yusuf Latif
N.51 Sg Manila – Zaini Bin Tiksun
N.52 Sg Sibuga – YB Datuk Suhaimi Hj Nasir
N.53 Sekong – Mohd Zharif Aizat Bin Datuk Samsuddin
N.58 Lamag – YB Datuk Seri Panglima Bung Moktar Bin Radin
N.59 Sukau – Datuk Jafry Ariffin
N.60 Tungku – Puan Hajah Saleha Binti Wahid
N.62 Silam – Sharif Musa Sharif Mabul
N.63 Kunak – Dato’ Sri Anil Jeet Singh
N.66 Bugaya – Abdul Manan Indanan
N.67 Balung – Erwan Palateh
N.68 Apas – Dr Elmiarezian Ardan
N.71 Tg Batu – Haji Samasuddin Yusop
N.73 Sebatik – Aslan Fadli Bin Samsul Alang


