
UMNO ingatkan rakan gabungan kerajaan- ‘Taring mereka belum tumpul’
UMNO mengingatkan rakan gabungan dalam kerajaan perpaduan bahawa “taring” mereka belum tumpul dan jangan sesekali langgar garis merah yang telah ditetapkan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, garis merah ditetapkan parti itu membabitkan kedaulatan Raja-Raja Melayu, agama Islam dan hak istimewa Bumiputera.
“Saya memperingatkan rakan-rakan di dalam kerajaan perpaduan: jangan sangka kerana kita berada dalam satu kabinet, UMNO sudah tumpul taringnya.
“Jangan sangka kerana kita mahu kestabilan politik, kita akan pejam mata bila asas negara diganggu gugat. UMNO tidak akan diam membisu.
“Kita akan bangun, kita akan bersuara, dan kita akan menentang habis-habisan sesiapa jua, kawan atau lawan, yang cuba merobek tiga teras utama ini.
“Ini adalah amaran keras. Kita bersedia bekerjasama demi rakyat dan demi negara,
tetapi jika tangan-tangan gatal mula menyentuh agama, bangsa, dan raja kami, tangan itu akan kami tepis dengan segala kekuatan yang ada,” katanya pengundi Melayu Islam memerlukan lebih dari politik identiti untuk memberi sokongan kepada Umno.
Tegas Mohamad lagi, plitik boleh berubah, gabungan boleh bertukar, tetapi prinsip UMNO kekal sampai mati.
Menurut Mohamad yang juga Menteri Luar itu, amaran keras ini bukan sekadar retorik kosong di
atas pentas.
“Prinsip “garis merah” ini bukan sekadar laungan semangat untuk menyedapkan hati kamu
semua,” katanya lagi.


