Keharmonian dan perpaduan yang mahal harganya

Keharmonian dan perpaduan yang mahal harganya

SEJAK negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, perpaduan dan keharmonian kaum telah menjadi asas paling penting dalam membina Malaysia yang stabil dan makmur. Dalam sebuah negara majmuk yang dihuni oleh pelbagai kaum, agama dan budaya, kestabilan sosial bukan sesuatu yang datang dengan mudah —𝐢𝐚 𝐝𝐢𝐮𝐫𝐮𝐬 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐢𝐣𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧, 𝐤𝐞𝐬𝐚𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠. Kerajaan sejak awal kemerdekaan berdepan pelbagai cabaran dalam mengurus kepelbagaian ini.

Isu-isu sensitif berkaitan agama dan kaum sentiasa wujud, namun ia ditangani melalui saluran undang-undang dan dialog. Hasilnya, ekonomi negara berkembang pesat, peluang perniagaan terbuka luas, pelaburan asing masuk dengan yakin, dan rakyat dapat hidup bersama dalam suasana relatif aman dan harmoni.

Perpaduan bukan sekadar slogan. Ia adalah prasyarat kepada pembangunan. Tanpa kestabilan, tiada pelabur yang mahu datang. Tanpa keharmonian, tiada keyakinan yang boleh dibina. Sejarah telah membuktikan bahawa apabila api perkauman dibiarkan menyala, kerugiannya bukan sahaja bersifat sosial, malah ekonomi dan keselamatan negara turut terjejas.

Namun mutakhir ini, tren polarisasi kaum menunjukkan tanda-tanda yang membimbangkan. Naratif perkauman semakin lantang di media sosial, sentimen agama dimanipulasi untuk kepentingan politik, dan isu-isu sensitif dibingkai secara emosional. Antara yang mendapat perhatian ialah isu rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran, termasuk kuil yang menjadi polemik hangat dalam perbincangan awam.

Dalam hal ini, ketetapan telah dinyatakan oleh 𝐘𝐀𝐁 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐓𝐮𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐒𝐮𝐥𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫bahawa isu berkenaan perlu ditangani secara tertib, berlandaskan undang-undang serta demi memastikan keharmonian terus terpelihara. Pendekatan kerajaan jelas: sebarang pelanggaran peraturan perlu diurus melalui saluran yang sah dan oleh agensi yang diberi tanggungjawab.

Malangnya, terdapat segelintir pihak yang mengambil kesempatan dengan bertindak sendiri — melakukan perobohan atau pencerobohan atas alasan mempertahankan undang-undang. Tindakan sedemikian bukan sahaja menyalahi prinsip 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦, malah berpotensi mencetuskan ketegangan yang lebih besar antara kaum dan agama.

Malaysia adalah negara berdaulat yang ditadbir berdasarkan Perlembagaan dan undang-undang. Polisi digubal oleh kerajaan, dan pelaksanaannya terletak di tangan agensi yang sah. Tindakan individu atau kumpulan yang 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚. Ia boleh menjadi pencetus kepada konflik yang sukar dikawal.

Kita mengakui bahawa isu rumah ibadat adalah isu sensitif. Ia menyentuh soal agama, kepercayaan dan identiti komuniti. Justeru, ia perlu diurus dengan penuh hikmah, berhemah dan berlandaskan prinsip keadilan. Dalam situasi begini, 𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚 𝐫𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 yang tenang amat diperlukan — bukan retorik yang membakar emosi.

𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐚𝐡𝐚𝐥 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐲𝐚. Ia dibina atas pengorbanan generasi terdahulu yang memilih jalan rundingan berbanding konfrontasi. Api perbalahan yang kecil jika tidak dikawal mampu menjadi marak. Justeru, semua pihak — sama ada pemimpin politik, aktivis, mahupun orang awam — perlu bertanggungjawab dalam tindakan dan ucapan.

𝐁𝐞𝐫𝐡𝐞𝐦𝐚𝐡𝐥𝐚𝐡. Hindarilah tindakan secara individu yang boleh menjejaskan keamanan bersama. Hormatilah undang-undang dan institusi negara. Dalam mengurus perbezaan, kita tidak boleh kehilangan kebijaksanaan.

Malaysia hanya akan terus maju jika rakyatnya memilih𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐦𝐚𝐢, menghormati proses perundangan dan memelihara keharmonian sebagai warisan paling berharga.

𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧. 𝐈𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧. 𝐃𝐚𝐧 𝐢𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐦𝐚𝐡𝐚𝐥 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐫𝐮𝐡𝐤𝐚𝐧.

𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐫. 𝐀𝐥𝐞𝐱𝐚𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐍𝐨𝐨𝐫

𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐚𝐭𝐨’ 𝐎𝐧𝐧