Malaysian News

Pembatalan Konsesi Hydroshoppe – Manipulasi Isu Kaum & Agama Berterusan

๐Ÿญ. ๐—ง๐˜‚๐—ฑ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐˜€ & ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฃ๐—ผ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ๐—ธ

Tuduhan bahawa pembatalan konsesi Hydroshoppe membawa kepada penghapusan surau dan penjualan alkohol semula adalah tidak berasas, tidak disokong dengan fakta sahih, dan merupakan serangan bermotif politik. Ia merupakan sebahagian daripada kempen pembunuhan karakter yang sedang diatur secara sistematik oleh pihak yang tidak senang dengan langkah pembaharuan dan ketelusan yang sedang dibawa oleh Kerajaan Madani.

๐Ÿฎ. ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜€๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐——๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ธ๐˜‚

Pembatalan konsesi bukan dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia dilakukan berasaskan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mendapati wujud salah laku serius, salah guna kuasa dan unsur rasuah oleh pemegang konsesi lama. Malah, individu utama dalam syarikat lama tersebut telah disiasat dan didakwa kerana memberi suapan kepada seorang bekas Menteri Komunikasi yang berkhidmat sebelum ini. Maka, pembatalan konsesi adalah langkah tegas untuk membersihkan amalan korupsi dan mengembalikan integriti dalam tadbir urus.

๐Ÿฏ. ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—ผ๐—ป๐˜€๐—ฒ๐˜€๐—ถ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—ฎ๐—ต ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ต ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜

Pemegang konsesi baharu dilantik melalui proses penilaian terbuka dan ketat, mematuhi semua peraturan perundangan dan syarat pelesenan. Ini termasuk kewajipan menyediakan kemudahan ibadah seperti surau, serta mematuhi sensitiviti budaya dan agama dalam pengurusan premis mereka. Dakwaan bahawa surau telah ditiadakan adalah fitnah dan mudah disahkan tidak benar dengan pemeriksaan fizikal di lokasi.

๐Ÿฐ. ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—”๐—น๐—ธ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—น ๐——๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜€๐—ถ

Tuduhan ini sengaja dimainkan untuk menimbulkan kebencian perkauman dan menggambarkan seolah-olah hak dan sensitiviti umat Islam telah tergadai, sedangkan hakikatnya ia tidak berlaku.

๐Ÿฑ. ๐—ก๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ ‘๐—›๐—ฎ๐—ธ ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐——๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€’ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ

Kerajaan Madani komited kepada prinsip keadilan sosial dan pengukuhan ekonomi Bumiputera. Namun, ini tidak bermakna segala bentuk salah guna, monopoli dan ketirisan oleh segelintir elit Bumiputera akan terus dilindungi atas nama hak keistimewaan. Keistimewaan Bumiputera bukan lesen untuk korupsi. Malah, Kerajaan Madani sedang memperkasa dasar baharu yang memastikan bumiputera yang layak, telus dan berdaya saing terus dibantu dan diberi peluang.

๐Ÿฒ. ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜

Rakyat dinasihatkan supaya tidak terperangkap dengan naratif yang disebarkan oleh pihak yang berkepentingan. Fitnah, manipulasi fakta dan emosi agama serta kaum digunakan untuk menutup kesalahan mereka sendiri dan menggagalkan reformasi tadbir urus negara.

Isu ini bukan soal kaum, agama atau hak bumiputera โ€“ ia adalah soal integriti, ketelusan dan tadbir urus yang baik. Serangan terhadap konsesi baharu atau Kerajaan Madani hanya akan menguntungkan golongan yang ingin terus mengaut keuntungan melalui sistem lama yang korup. Rakyat wajar menilai berdasarkan fakta, bukan emosi dan persepsi palsu.

แด…แด€แด›แดœแด‹ แด…ส€. แด€สŸแด‡xแด€ษดแด…แด‡ส€ ษดแดแดส€
๊œฑสœแด€สœ แด€สŸแด€แด
5 แด€แด˜ส€ษชสŸ 2025

Back to top button