Malaysian News

Presiden PAS Dilihat Seru fokus politik Dari Rukun Islam

Isu kenyataan Presiden Pas yang dilihat menyeru agar umat Islam menangguhkan ibadah haji atau umrah demi fokus kepada kemenangan politik menimbulkan persoalan besar โ€” bukan sahaja dari sudut keagamaan, malah dari sudut moral dan kebijaksanaan politik.

๐Ÿ. ๐€๐๐š๐ค๐š๐ก ๐ข๐ง๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐‘๐ฎ๐ค๐ฎ๐ง ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ?

Rukun Islam kelima adalah menunaikan haji bagi yang mampu. Ibadah ini bukan sekadar satu amalan spiritual, tetapi kemuncak ketundukan seorang Muslim kepada Allah. Jika seseorang itu mampu secara fizikal dan kewangan, maka menjadi fardhu โ€˜ain untuk dia menunaikannya tanpa melengah-lengahkan.

Justeru, menyeru untuk menangguh ibadah yang diwajibkan atas alasan politik adalah sangat berisiko dari sudut hukum syarak โ€” apatah lagi jika disarankan secara umum, seolah-olah kepentingan politik mengatasi kewajipan agama.

๐Ÿ. ๐€๐๐š๐ค๐š๐ก ๐ข๐š ๐ฐ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐›๐ข๐ฃ๐š๐ค๐ฌ๐š๐ง๐š ๐๐ž๐ฆ๐ข ๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐ฉ๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค?

Mengajak umat Islam untuk menangguh tuntutan ibadah suci demi matlamat politik adalah tindakan yang boleh mengelirukan rakyat dan memberi gambaran salah terhadap keutamaan dalam Islam. Politik dalam Islam adalah alat, bukan matlamat. Apabila alat digunakan untuk menggantikan tempat agama, maka ia membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa dan kekeliruan akidah.

Lebih parah lagi apabila:

โ€ข Hari-hari menghina dan mencaci UMNO, tetapi dalam masa yang sama berharap untuk bergabung demi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
โ€ข Ini bukan strategi, ini hipokrasi yang nyata โ€” mempermainkan sentimen rakyat demi agenda kuasa, bukan demi agama atau rakyat.

๐Ÿ‘. ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐š๐๐š๐› ๐๐š๐ง ๐ค๐ž๐ข๐ค๐ก๐ฅ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐š๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐ž๐ฆ๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐š๐ ๐š๐ฆ๐š

Islam tidak pernah mengajar kita memilih antara agama dan politik โ€” tetapi mengajar kita memuliakan kedua-duanya dengan adab, hikmah dan kejujuran. Politik yang menjauhkan orang dari ibadah wajib bukanlah politik Islam, tetapi politik nafsu.

Menangguh ibadah haji demi politik adalah satu seruan yang merbahaya, tidak berlandaskan syarak, dan menunjukkan betapa sempitnya tafsiran kuasa oleh sesetengah pemimpin. Islam tidak memerlukan pengorbanan ibadah demi politik, tetapi memerlukan pemimpin politik yang tunduk kepada kehendak agama, bukan sebaliknya.

๐——๐—ฎ๐˜๐˜‚๐—ธ ๐——๐—ฟ. ๐—”๐—น๐—ฒ๐˜…๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ก๐—ผ๐—ผ๐—ฟ
๐—”๐˜†๐—ฒ๐—ฟ ๐—ž๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Back to top button