
Empat Negeri Ditadbir PN Catat Kadar Penagihan Dadah Tertinggi di Malasyia
KUALA LUMPUR, 18 April 2025 – Empat negeri yang ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) – Kelantan, Terengganu, Perlis, dan Kedah – mencatatkan kadar penagihan dadah tertinggi di Malaysia bagi tahun 2024, menurut statistik terkini Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Kelantan mendahului dengan 1,130 kes penagihan dadah bagi setiap 100,000 penduduk, diikuti Perlis (965 kes), Terengganu (914 kes), dan Kedah (898 kes). 
Secara keseluruhan, sebanyak 192,857 kes penyalahgunaan dadah telah direkodkan di seluruh negara pada tahun 2024. 
Daerah Pendang di Kedah mencatatkan kadar penagihan tertinggi di peringkat daerah, dengan 1,798 kes bagi setiap 100,000 penduduk. 
Pihak berkuasa menyatakan bahawa faktor utama penyalahgunaan dadah termasuk pengaruh rakan sebaya (47%) dan rasa ingin tahu (18%). 
Dalam usaha membanteras masalah ini, kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
𝐔𝐧𝐢𝐭 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 : 𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚