Madani News

Malaysia-Luxembourg kukuh kerjasama dua hala

Malaysia dan Luxembourg sepakat memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan dan logistik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu dinyatakan dalam pertemuan rasmi ketika beliau menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Perdagangan Luar Luxembourg, Xavier Bettel di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

“Menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar dan Perdagangan Luar Luxembourg, Xavier Bettel di pejabat saya hari ini.

“Kami tekadkan usaha untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, kewangan dan logistik,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata, pertemuan itu turut digunakan sebagai platform untuk bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, termasuk peranan dimainkan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.

“(Kami berbincang) mengenai situasi di Timur Tengah, khususnya Palestin selain meningkatkan kerjasama erat melalui rangka Kesatuan Eropah demi manfaat kedua-dua negara,” katanya.

Back to top button