
Suruhanjaya Eropah sanjung peranan Anwar tamatkan konflik
PERANAN Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perantara konflik antara Thailand-Kemboja turut menerima penghargaan daripada Suruhanjaya Eropah (EC).
Naib Presiden yang juga wakil tertinggi bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Suruhanjaya Eropah (EC), Kaja Kallas menerusi hantaran di platform X berkata, penyelesaian konlik kedua-dua negara adalah satu pencapaian besar selepas pertempuran yang mengorbankan nyawa.
“Perjanjian gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja merupakan satu pencapaian besar selepas beberapa hari pertempuran yang mengorbankan nyawa.
“Adalah penting bagi kedua-dua negara melaksanakannya dengan penuh keikhlasan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Malaysia selaku pengerusi ASEAN kerana membantu memudahkan proses rundingan.” Katanya.
Semalam, mesyuarat khas yang dipengerusikan Anwar selaku pengerusi ASEAN diadakan di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Ini pertemuan secara bersemuka pertama kedua-dua pemimpin sejak ketegangan tercetus antara kedua-dua negara jiran itu pada 24 Julai lalu.


